Menurut cerita orang tua-tua, nama Gunung Besout berasal dari kawasan gunung. Dahulu, kedudukan gunung-ganang yang menghadap antara satu sama lain menyebabkan bunyi bersahut-sahutan setiap malam. Oleh kerana bunyi bergema berkenaan sering kedengaran, maka nama tanah rancangan dikenali sebagai Gunung Besout. Nama Besout diambil sempena perkataan “bersahut”
Bentuk muka bumi yang unik dan bergunung-ganang mewujudkan nama Felda Gunung Besout yang dibuka sejak tahun 1976/1977. Secara keseluruhannya penekora di Felda Gunung Besout ini mengusahakan tanaman kelapa sawit. Felda Gunung Besout terbahagi kepada 5 kawasan uatama yang dikenali sebagai Felda Gunung Besout 1, Felda Gunung Besout 2, Felda Gunung Besout 3, Felda Gunung Besout 4, dan Felda Gunung Besout 5.
Felda Gunung Besout 4 merupakan sebuah FELDA yang terletak di Sungkai, Perak Darul Ridzuan.
Persekitaran kampung yang aman dan damai menjadi tempat yang sesuai untuk anak-anak peneroka membesar.
Ramai anak-anak peneroka di Felda ini berjaya dalam setiap bidang. Anggaran keseluruhan penduduknya sekitar 2000 orang termasuk generasi kedua dan generasi ketiga.
Felda Gunung Besout 4 adalah termasuk dalam pentadbiran Felda Wilayah Trolak iaitu dalam Muallim, Perak. Ia adalah di bawah Dun Slim dan Parlimen Tanjung Malim.
_______________________________________________________________________________________________________________________