Salah satu makanan yang mencuri tumpuan orang ramai yang berada di kawasan Felda Gunung Besout 4 adalah “Nasi Vanggey Besout 4”. Kebanyakan mereka yang datang makan di situ adalah orang luar kawasan Felda Besout kerana keunikan rasa yang dipersembahkan dan ia dimasak oleh salah seorang penduduk Felda Gunung Besout 4 sendiri. Gerai ini sentiasa mendapat sambutan dek kerana keunikan nya yang tersendiri dan kepelbagaian juadah yang disediakan setiap hari.
Moh datang dan cuba sendiri NASI VANGGEY BESOUT 4





