Madu Kelulut mula diusahakan pada tahun 2018. Perniagaan madu kelulut ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Perniagaan ini diusahakan oleh Encik Muhamad Adawiyah Bin Samudi yang berusia 26 tahun di Felda Gunung Besout 4. Beliau berjaya mengembangkan perniagaan madu kelulut ini dengan menghadiri bengkel keusahawanan dan kelas pemasaran online yang dianjurkan oleh NADI Felda Gunung Besout 4. Beliau turut memasarkan produk madu kelulut ini melalui platfom dalam talian seperti Facebook. Oleh disebabkan itu, pasaran madu kelulut ini dapat menjangkau lebih ramai pembeli.