mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025 – E KELAS USAHAWAN : MODUL 1 & MODUL 2

Tarikh               : 12 JUN 2025
Masa : 10.00 PAGI – 11.00 PAGI & 2.00 PETANG – 3.00
PETANG
Tempat: NADI FELDA GUNUNG BESOUT 4
Peserta: 1 ORANG

Webinar Digital eKelas Usahawan ini adalah khas untuk usahawan yang ingin melonjakkan pemasaran mereka.

Modul 1: Strategi Pemasaran Digital
Modul ini merupakan asas penting dalam memahami bagaimana perniagaan boleh memanfaatkan platform digital untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Modul ini membantu peserta merangka pelan pemasaran digital yang tersusun dan berkesan untuk memperluas capaian pelanggan secara dalam talian.

Modul 2: Asas Komunikasi Visual

Modul kedua pula memberi tumpuan kepada prinsip dan teknik asas dalam menyampaikan mesej secara berkesan melalui elemen visual. Modul ini penting untuk memastikan kandungan digital bukan sahaja menarik tetapi juga mudah difahami dan diingati oleh pelanggan. Modul ini membantu peserta menghasilkan bahan visual yang profesional dan efektif untuk digunakan dalam pemasaran digital dan komunikasi media sosial.

Secara keseluruhannya, webinar pada kali ini memberikan banyak ilmu pengetahuan dan teknik untuk mengembangkan perniagaan setiap para usahawan.