mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2025 – PROGRAM CUTI SEKOLAH DI NADI

𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗫 𝗞𝗜𝗗𝗩𝗘𝗡𝗧𝗨𝗥𝗘

LIVE WEBINAR: BIZKID MUDAH CUTI SEKOLAH 2025

Tarikh               : 22 DISEMBER 2025
Masa : 10.00 PAGI – 11.00 PAGI
Tempat: NADI FELDA GUNUNG BESOUT 4
Peserta: 1 ORANG

Program Cuti Sekolah @NADI: KIDVENTURE memfokuskan kepada topik keusahawanan bagi kanak-kanak.

Melalui aktiviti interaktif, peserta didedahkan kepada asas keusahawanan seperti produk, pelanggan, perancangan dan pengurusan kewangan, bertujuan memupuk pemikiran kreatif, kemahiran berfikir kritis serta kesedaran awal tentang dunia perniagaan. Program ini dijalankan secara dalam talian selama dua hari iaitu pada 22–23 Disember 2025, dari 10.00 hingga 11.00 pagi.

Peserta yang menyertai program ini akan menerima kit latihan dalam talian serta sijil penyertaan, sekali gus menjadikan pengisian cuti sekolah lebih berfaedah, menyeronokkan dan bermakna.