mcmc
KeusahawananKeusahawanan

KEUSAHAWANAN 2025

NAMAMUHAMMAD IZZAT
UMUR28 TAHUN
AHLI2022

Encik Muhammad Izzat merupakan seorang pekerja kimpalan di kilang Proton Tanjung Malim. Beliau telah mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan semenjak menyertai beberapa program keusahawanan di NADI Felda Gunung Besout 4. Beliau menjual roti sosej kukus dengan pelbagai menu.

Beliau merupakan peserta NADI x Keusahawanan Cohort 3 2025. Menurut beliau, setelah menyertai kelas yang dijalankan, beliau lebih yakin untuk berniaga. Hal ini kerana, beliau dapat mempelajari dan memahami konsep jualan dan cara pengiraan modal dan untung.

Untuk makluman, roti sosej kukus ini dijual di secara sambilan di tempat beliau bekerja. Beliau berjaya menjual kira-kira minimum 20 biji sehari atau maksimum 70 biji sehari. Harga sebiji bermula dari RM2.50 hingga RM5.50 mengikut menu yang dipesan oleh pelanggan.

Untuk makluman, pendapatannya juga kini telah meningkat. Beliau merupakan seorang usahawan yang rajin dan sering berkunjung ke NADI Felda Gunung Besout 4 untuk mengikuti perbagai latihan keusahawanan yang disediakan.

Antara gambar produk perniagaan Encik Muhammad Izzat :