Bidang keusahawanan merupakan salah satu sumber pendapatan dan bidang kerjaya untuk seseorang. Seseorang usahawan biasa memiliki sifat peribadi yang rajin, kuat berusaha, berinisiatif, kreatif, berani menanggung risiko dan lain-lain lagi.
Di sekitar kawasan Felda Gunung Besout 04 khasnya, Encik Mohamad Hafiz Bin Mohamad Noor mula menjalankan perniagaan nasi vanggey atau nasi ganja sejak lebih enam tahun yang lalu. Anak jati dari Felda Gunung Besout 4 ini mula menjalankan pernigaan di sini apabila terpaksa pulang ke kampung halaman untuk menjaga ibu bapa yang semakin uzur. Bermula dengan hanya berniaga di pasar-pasar malam yang berdekatan, beliau kini turut menjual nasi vanggey di rumah beliau pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Di awal perniagaan, sambuatan yang diterima agak kurang dan beliau mengambil inisiatif untuk mempromosikan produk beliau di laman sosial Facebook. Beliau turut mendapatkan khidmat bimbingan dan menggunakan perkhimatan internet NADI Felda Gunung Besout 4. Pihak NADI Felda Gunung Besout 4 juga telah membantu Encik Mohamad Hafiz untuk menghasilkan satu video promosi di laman Youtube. Kini lebih ramai yang mengenali nasi vanggey En Hafiz. Nasi vanggey Besout 4 bukan sahaja diminati oleh komuniti setempat tetapi ada juga yang datang dari kawasan luar seperti Ipoh, Bidor, Tapah dan Rawang. Mereka sanggup datang dari jauh untuk merasa sendiri kesedapan air tangan Encik Mohamad Hafiz.
Selain berniaga di rumah dan pasar malam, beliau turut menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya. Ada juga pihak dari luar yang mengupah beliau untuk memasak bagi majlis mereka.
Beliau sedia menerima tempahan daripada sesiapa sahaja yang berminat.
Facebook Page : https://www.facebook.com/Nasi-Vanggeyganja-Besout-4-214812745851869/
Facebook Personal : https://www.facebook.com/abg.apitte
NASI WAGGEY/GANJA BESOUT 4
LOKASI : No 163 Jalan Seroja, Felda Gunung Besout 4
WAKTU OPERASI : (11.00 pagi – 3.00 petang)
HUBUNGI : 011-36144332 (Hafiz)
(TURUT MENERIMA TEMPAH KATERING UNTUK PELBAGAI MAJLIS)



