Tarikh | : 8.12.2024 |
Masa | : 10.00 PAGI – 11.30 PAGI |
Tempat | : NADI FELDA GUNUNG BESOUT 4 |
Susulan daripada Program Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah berlangsung di seluruh negara, MSD Alliance Sdn. Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan program NADI x Cybersecurity. Salah satu Programdi bawah NADI X Cybersecurity yang akan diadakan pada tahun ini adalah sesi webinar yang melibatkan peserta daripada kalangan pelajar Sekolah Menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Tujuan utama Sesi Webinar NADI X Cybersecurity ini adalah untuk memberikan pendedahan asas Cybersecurity yang direka khusus untuk memperkasakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam Cybersecurity serta menjadi sesi pengenalan kepada program NADI X Cybersecurity.