mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2024

NAMA

MAZIFAH BINTI ISMAIL

UMUR

40 TAHUN

AHLI

2010

 

Latar belakang

Puan Mazifah binti Ismail merupakan seorang anak kepada peneroka Felda Gunung Besout 4 dan merupakan seorang ibu tunggal. Perniagaanya dikenali sebagai Adorable Baby and Mom Enterprise yang menjual produk berasakan kraf tangan seperti bantal kekabu, set tilam dan bantal bayi, bantal kehamilan, dan bantal leher.

Sebelum penggunaan ICT

Sebelum penglibatannya dalam perniagaan secara dalam talian. Beliau hanya fokus pada jualan secara fizikal sahaja.

Selepas penggunaan ICT

Puan Mazifah Ismail memulakan perniagaan produk kekabunya secara kecil-kecilan menggunakan platform secara atas talian iaitu di facebook, Instagram dan hebahan di laman aplikasi whatsapp. Mendapat idea untuk memulakan perniagaan daripada melihat rakannya Berjaya dengan perniagaan itu jadi beliau mengambil keputusan untuk mencuba menceburkan diri dalam dalam perniagaan juga.

Bermula dengan hanya mendapat sambutan dari kalangan kawan-kawan kini perniagaannya juga berkembang hingga ke pasaran luar. Jika dahulu hanya disekitar Perak kini produk kekabunya sudah sampai ke pasaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan sekitar Selangor. Beliau turut akui dengan kewujudan NADI Felda Gunung Besout 4 ini sedikit sebanyak membantu beliau dari segi pemasaran. Contohnya, beliau menghasilkan video promosi dan poster produk untuk dimuat naik dilaman sesawangnya.

Produk kekabu milik beliau antaranya adalah set tilam bayi, bantal, bantal kereta dan sebagainya dan menariknya dengan produk beliau ini segala jenis produk adalah dihasilkan sendiri secara home made bersama ibunya. Untungnya beliau kerana sentiasa mendapat sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga, sahabat dan semestinya warga  NADI Felda Gunung Besout 4.

Selepas penglibatannya dalam perniagaan atas talian, pendapatannya juga kini telah meningkat. Beliau merupakan seorang usahawan yang rajin dan sering berkunjung ke NADI Felda Gunung Besout 4 untuk mengikuti perbagai latihan keusahawanan yang disediakan.