mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2025 – WEBINAR NADI x CYBERSECURITY

Tarikh               : 24 JULAI 2025
Masa : 3.00 PETANG – 4.30 PETANG
Tempat: NADI FELDA GUNUNG BESOUT 4
Peserta: 3 ORANG

Sebuah Webinar bertajuk “Keselamatan Akaun Media Sosial: Bagaimana ‘Phishing’ Boleh Ambil Alih Akaun Anda?” telah diadakan pada 24 Julai 2025 (Khamis), jam 3:00 petang hingga 4:30 petang melalui platform Zoom. Webinar ini dianjurkan oleh NADI X Cybersecurity dan disasarkan kepada pengguna media sosial serta peniaga atas talian.

Sepanjang sesi webinar, peserta telah mengikuti beberapa aktiviti interaktif secara langsung, antaranya:

  1. Audit Akaun Media Sosial – Peserta diberi tunjuk ajar untuk menyemak dan mengaudit akaun media sosial masing-masing secara langsung bagi mengenal pasti kelemahan keselamatan.
  2. Semakan Third-party Apps dan Log Masuk Luar Biasa – Peserta didedahkan dengan cara menyemak aplikasi pihak ketiga yang telah diberikan akses kepada akaun mereka serta mengesan sebarang aktiviti log masuk yang mencurigakan.
  3. Demo Serangan Phishing secara Live – Satu demonstrasi serangan phishing telah dijalankan menggunakan alat Evilginx, bagi menunjukkan bagaimana satu klik sahaja boleh menyebabkan akaun pengguna diambil alih oleh penyerang.

Peserta turut menerima sijil penyertaan, dan program ini diadakan secara percuma.

Gambar Disini