mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI – KIDPRENUER : IKON USAHAWAN CILIK (WEBINAR 2 : PERANCANGAN KEWANGAN)

Tarikh               : 17 MEI 2025           
Masa : 10.00 PAGI – 11.00 PAGI
Tempat: NADI FELDA GUNUNG BESOUT 4
Peserta: 2 ORANG

Tujuan :

Webinar Perancangan Kewangan (Cohort 2) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan peserta daripada kalangan pelajar sekolah. Webinar ini dirangka khas bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak atau pelajar sekolah mengenai asas perancangan kewangan secara mudah dan menyeronokkan.

Sepanjang sesi, peserta mempelajari konsep asas seperti menabung, membezakan keperluan dan kehendak, serta kepentingan mengurus wang dengan bijak sejak usia muda. Aktiviti interaktif dan contoh situasi harian turut digunakan bagi membantu peserta memahami topik dengan lebih mudah. Diharapkan program ini dapat menanam minat serta membentuk tabiat kewangan yang sihat dalam kalangan generasi muda sejak di bangku sekolah.

NADI Felda Gunung Besout 4 mempunyai 2 orang peserta untuk Cohort 2. Namun, pada hari Sabtu, 17 Mei 2025 yang lalu, hanya seorang peserta sahaja yang hadir ke NADI manakala seorang pelajar lagi menyertai webinar ini di rumah kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dihindari. Teknik penyampaian yang berkesan oleh pihak kidventure menyebabkan webinar ini boleh diakses dengan mudah dan berkesan.

Gambar Disini