Tarikh | : 10 MEI 2025 |
Masa | : 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
Tempat | : NADI FELDA GUNUNG BESOUT 4 |
Peserta | : 6 ORANG |
Tujuan
Membangunkan kemahiran kendiri serta memperkukuhkan pengurusan emosi dan mental dalam kalangan wakil e-sukan NADI Felda Gunung Besout 4 yang bertanding di peringkat negeri. Ia bertujuan memupuk sikap profesional, disiplin, dan etika permainan yang tinggi, seterusnya meningkatkan prestasi dan integriti dalam bidang e-sukan.
Selain itu, kelas ini juga memberi pendedahan tentang cara melindungi diri dan melindungi akaun dari perangkap dunia gaming terutamanya scammer. Di samping itu, kelas kesedaran juga bertujuan untuk memupuk tanggungjawab sosial, kepentingan kerjasama berpasukan, pengurusan masa, serta penjagaan kesihatan mental, bagi melahirkan juara e-sukan yang seimbang, beretika dan berwibawa.